Wasiat Abdullah Yusuf Azzam

MPI Lampung - Dari rumah komander berani Jalalludin Haqqani, petang Isnin, 12 Syaaban 1406H, 20 April 1986. Segala puji bagi Allah. Kita pohon keampunan dari Allah dan kita mohon perlindungan dari amalan-amalan buruk kita. Sekiranya Allah SWT mahu memberi pertunjuk pada seseorang tiada siapa yang boleh menyesatkannya dan jika Allah mahu menyesatkan seseorang tiada sesiapa yang boleh memberi petunjuk padanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Muhammad hamba dan Rasul-Nya.

Ya Allah! Tiada apa yang mudah melainkan Kau menjadikannya mudah dan Kau boleh menjadikan sesuatu yang susah sekiranya Kau mahu.

Cinta kepada Jihad (berperang pada Jalan Allah) terus menguasai kehidupanku, diriku, perasaanku, hatiku dan juga deria-deria ku.

Ayat-ayat dari surat at-Taubah yang merupakan penghukuman terakhir persoalan Jihad sehingga hari Kiamat memenuhkan hatiku dengan kepedihan dan kesedihan apabila melihat ketidak-mampuanku dan keengganan semua umat Islam untuk perperang pada Jalan Allah.

Ayat Pedang yang memansuhkan lebih 140 ayat-ayat tentang Jihad yang diturunkan sebelumnya adalah jawapan yang tepat dan tetap pada sesiapa sahaja yang mahu bermain-main dengan ayat-ayat berperang Jihad pada Jalan Allah atau cuba mengubah maksudnya yang jelas atau cuba melencong dari definisinya yang tepat dan jelas. Surah Pedang:


Dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya; ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang bertakwa [Surah at-Taubah, 9:36]

Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu di mana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah di tempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah at-Taubah, 9:5]

Mempunyai cita-cita besar tetapi tidak diikuti dengan berusaha sedaya-upaya untuk mencapainya adalah tanda-tanda orang-orang yang tidak mahu mencapai ketinggian. Manjaga dan menziarahi Masjidil-Haram adalah tidak terbanding dengan Jihad sebagaimana diriwayatkan di dalam Sahih Muslim sebagai sebab diturunkan ayat-ayat 19-22 Surah at-Taubah:

Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan menguruskan Masjidil-Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian serta berjihad di Jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah: dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. [Surah at-Taubah, 9:19]

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di Jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnmya di sisi Allah: dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. [Surah at-Taubah, 9:20]

Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripadanya, keredhaan dan Syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal, [Surah at-Taubah, 9:21]

Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar. [Surah at-Taubah, 9:22]

Sebabnya adalah kerana sesetengah dari para Sahabat Rasulullah SAW berlainan pendapat di antara mereka tentang amalan apakah, selepas iman, yang paling baik pada pandangan Allah. Sesetengah mengatakan menjaga Masjidil-Haram, sesetengah mengatakan memberi minuman pada jemaah Haji, manakala sesetengan yang lain mengatakan Jihad.

Ayat-ayat ini adalah jawapan yang tetap dan jelas bahawa Jihad adalah lebih baik dari menjaga dan menziarahi Masjidil-Haram. Lebih-lebih lagi apabila kita tahu sebab diturunkan ayat ini adalah berlainan pendapat di antara para Sahabat tentang perkara ini. Sebab turunnya ayat ini tidak boleh dinafikan atau diubah kerana maksudnya tepat dan benar-benar merujuk pada perkara tersebut dengan jelas.

Abdullah Ibn Mubarak Rahimullah telah menghantar sepucuk surat kepada al-Fuzail ibn Ayazz yang ditulis di dalamnya:

Wahai kamu yang mengerjakan sembahyang di Masjidil-Haram, sekiranya kamu menyaksikan kami di medan perang kamu akan tahu bahawa jika dibandingkan dengan Jihad kami, ibadah kamu adalah seperti permainan kanak-kanak. Untuk setiap airmata yang kamu titiskan di pipimu, kami menitiskan darah di dada-dada kami. Kamu bermain-main dengan ibadah kamu, ketika ahli ibadah beribadah, para Mujahideen mengorbankan darah dan diri (nyawa) mereka.

Dari ini seseorang harus faham bahawa Ibn Al-Mubarak percaya bahawa mengerjakan sembahyang dan menjaga tempat-tempat suci (tanah haram) sedangkan kesucian tempat-tempat ini dicemari, darah-darah sedang mengalir, maruah dan harga diri wanita-wanita Islam dicemar dan Islam sedang dicantas; beliau percaya bahawa mengerjakan sembahyang dalam keadaan tersebut adalah bermain-main dengan agama Allah yang Maha Kuasa. Ya, membiarkan umat Islam disembelih sedangkan apa yang kita lakukan hanyalah sekadar memberi kata-kata sekadar melepas batuk di tangga dan membersihkan kedua-dua tangan kita dari persoalan mereka tanpa mengambil walau selangkah ke arah melepaskan umat Islam dari kesengsaraan; memanglah ini merupakan bermain-main dan menghina agama ini.

Bagaimana mungkin seorang Islam sekadar duduk berdiam diri sedangkan wanita-wanita Islam ditangkap oleh musuh-musuh yang mengganas?

Saya benar-benar percaya seperti yang saya tulis didalam buku tersebut (Mempertahankan bumi umat Islam adalah kewajipan yang paling penting ke atas setiap umat Islam selepas Iman) dan seperti yang dikatakan oleh Sheikh Ibn Taimiyyah, "Selepas iman, tiada apa yang lebih penting (wajib) dari menentang musuh-musuh yang mengganas, memusnahkan Islam dan kehidupan umat Islam."

Saya benar-benar percaya (Allah Maha Mengetahui) bahawa tidak ada bezanya di antara seseorang yang meninggalkan Jihad dengan seseorang yang meninggalkan Solat, Puasa atau Zakat.

Saya percaya bahawa keseluruhan Ummah ini sedang menanggung tanggung-jawab yang besar di depan Allah SWT dan kemudian terhadap generasi masa depan.

Saya percaya bahawa tiada seorang pun umat Islam (selain dari yang dikecualikan menurut Syarak) yang dikecualikan dari Jihad (berperang pada Jalan Allah), walau apapun alasan yang diberikan; samada dakwah, menulis kitab-kitab ataupun tarbiyyah.

Saya percaya bahawa setiap umat Islam di atas muka bumi ini bertanggung-jawab atas meninggalkan Jihad dan berdosa meninggalkan senjata-api. Setiap umat Islam yang meninggal dunia tanpa sepucuk senjata di tangan adalah berdosa meninggalkan Jihad. Hari ini Jihad adalah wajib ke atas setiap orang Islam di muka bumi melainkan mereka yang dikecualikan dan dari definisinya, sesuatu yang wajib adalah sesuatu yang membawa kepada samada pahala atau dosa.

Saya percaya (Wallahu-a'lam) bahawa mereka yang mempunyai sebab yang sah untuk tidak berjihad adalah: yang buta, yang sakit teruk, yang tempang/kudung, yang ditindas dan para lelaki, wanita dan anak-anak yang tidak boleh mencari jalan ke medan perang.

Setiap umat Islam menanggung dosa meninggalkan Jihad di Palestin, Afghanistan, atau di mana-mana bahagian lain di dunia di mana bumi umat Islam diancam oleh Kuffar.

Saya percaya bahawa tiada kebenaran diperlukan untuk berperang pada Jalan Allah; tiada kebenaran diperlukan dari ibubapa, suami, guru atau pemimpin. Dan inilah pandangan semua para Ulama sepanjang sejarah. Apabila Jihad itu wajib, seorang anak mesti berperang walaupun tanpa kebenaran dari ibubapanya, seorang isteri tanpa kebenaran suaminya. Dan sesiapa yang cuba menafikan hukum yang jelas ini telah melanggar batasnya dan mengikut hawa nafsu dan keinginannya, tanpa petunjuk dari Allah. Ini adalah persoalan yang tetap dan jelas yang tidak meninggalkan apa-apa ruang untuk salah-tafsir.

Kebenaran Khalifah tidak diperlukan dalam 3 kes:

1. Sekiranya Khalifah itu sendiri tidak mengajak kepada Jihad sedangkan Jihad diperlukan.

2. Sekiranya mendapatkan kebenaran bermakna kehilangan peluang untuk Jihad.

3. Sekiranya kita tahu bahawa kebenaran tidak akan diberi.

Saya percaya (Allah Maha Mengetahui) bahawa Ummah ini bertanggungjawab ke atas maruah setiap wanita Islam yang dicemar di Afghanistan, dan bertanggungjawab ke atas setiap titisan darah umat Islam yang ditumpahkan dengan zalim. Maka, mereka bersubahat dalam jenayah-jenayah ini. Ini adalah kerana mereka boleh membekalkan saudara mereka dengan senjata untuk mempertahankan diri saudara mereka, dan kerana mereka tidak membekalkan saudara mereka dengan bantuan perubatan yang diperlukan, atau wang untuk membeli makanan, atau peralatan yang boleh saudara mereka gunakan untuk menggali kubu-kubu untuk perlindungan.

Semua ini mampu mereka lakukan, tetapi mereka tidak!

Telah ditulis di dalam Hashiat Al Dasoqi Jild.2, Muka-Surat 111-112:

Sekiranya seseorang itu mempunyai makanan yang banyak dan membiarkan seorang yang lain mati kerana kelaparan, memikirkan yang dia tidak akan mati kerana kelaparan. Dia mesti membayar Deyatnya (wang darah) dari wang keluarganya; tetapi jika dia tahu bahawa orang akan mati kerana kelaparan, di sini dia mesti membayar Deyat itu dari wangnya sendiri atau mesti dibunuh sebagai Qisas.

Maka kita lihat hukuman yang menanti orang-orang kaya yang membazirkan kekayaan mereka memenuhi kehendak nafsu mereka dan mendapat barang kebendaan yang tidak perlu.

Wahai, kamu, umat Islam! Jihad itulah hidupmu, maruahmu dan kewujudanmu bergantung padanya (dengan kuasa Allah).

Wahai, kamu, Pendakwah! Kamu tiada nilai di bawah mentari melainkan kamu mengangkat senjata dan menghancurkan pemimpin zalim. kuasa kuffar dan mereka-mereka yang bersalah.

Mereka yang percaya bahawa Islam boleh berkembang ke arah kejayaan tanpa Jihad, Peperangan dan Darah adalah sekadar bermimpi dan tidaklah mereka itu memahami sifat sebenar agama ini. Kehormatan seseorang Da'i, pengaruh Islam dan maruah serta harga diri umat Islam tidak akan dapat diperolehi tanpa Jihad.

Telah diriwayatkan di dalam sebuah Hadith:

Dan Allah akan membuang rasa takut kepada kamu dari hati-hati musuh kamu dan memasukkan WAHN ke dalam hati kamu dan baginda telah ditanya, wahai Rasulullah, apakah WAHN? Baginda SAW menjawab, cintakan kehidupan dunia ini dan bencikan kematian; dan telah diriwayatkan juga, cintakan kehidupan dunia ini dan bencikan Jihad.

Maka berperanglah kamu di Jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para Mukmin [untuk berperang]. Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan-Nya. [Surah an-Nisa 4:84]


Tanpa Jihad, Shirik (menyekutukan Allah) akan berkembang dan bertambah, firman Allah SWT:

Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka [Surah al-Baqarah, 2:193]

fitnah di sini adalah Shirik menyekutukan Allah

Malah Jihad adalah satu-satunya jaminan untuk kesejahteraan manusia di muka bumi kerana firman Allah SWT:

Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta Alam. [Surah al-Baqarah, 2:251]

Jihad adalah satu-satunya jaminan pemeliharaan rumah-rumah ibadah, dan amalan ibadah kepada Allah kerana firman Allah SWT:

Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. [Surah al-Hajj, 22:40]

Wahai kamu, para Pendakwah Islam! Carilah kematian dan kamu akan diberi ganjaran kehidupan, Jangan sekali-kali tertipu dengan Syaitan, atau dengan impian palsu; jangan sesekali menipu dirimu dengan buku-buku yang kamu baca atau amalan-amalan tambahan yang kamu lakukan. Jangan sekali-kali menyibukkan dirimu dengan tugas-tugas mudah meninggalkan penyelesaian pada yang susah, firman Allah SWT:

sedangkan kamu menginginkan bahawa yang tidak mempunyai kekuatan senjata.... [Surah al-Anfal , 8:7]

Jangan sekali-sekali taatkan sesiapa dalam meninggalkan Jihad. Tidak ada kebenaran dari sesiapa diperlukan apabila Jihad itu wajib. Malah Jihad merupakan asas utama dan intipati dakwah kamu dan merupakan untuk menjaga agama kamu.

Wahai, Ulama Islam! Maralah ke hadapan dan pimpinlah generasi ini yang sedang kembali kepada Tuhannya. Janganlah menoleh pergi, janganlah bergantung kepada kehidupan yang sementara ini. Berhati-hatilah dengan tawaran-tawaran para pemerintah zalim kerana ini menyebabkan kegelapan dan kematian pada hati dan menjadi penghalang di antara kamu dan generasi ini.

Wahai kamu, umat Islam! Kamu telah tidur begitu lama, cukup lama untuk para pemerintah zalim menguasai kamu. Kamu rela hidup sebagai hamba dan menundukkan diri pada mereka. Kini, masanya telah tiba untuk bangkit dan hancurkan rantai-rantai perhambaan.

Wahai kamu, wanita-wanita Islam! Berhati-hatilah dengan berlebih-lebihan kerana inilah musuh Jihad dan menyebabkan kematian pada jiwa-jiwa manusia. Berhati-hatilah dengan barangan tidak pelu dan cukuplah dengan barang-barang perlu sahaja. Didik anak-anakmu untuk menjadi berani dan tabah. Jadikan rumah-rumahmu tempat untuk singa-singa bukan reban-reban ayam di mana anak-anakmu diberi makan untuk disembelih oleh musuh-musuh Islam. Bajai hati anak-anakmu dengan cinta kepada Jihad dan cinta kepada medan perang. Berkongsilah masalah Ummah ini. Hidup sehari setiap minggu seperti para pelarian dan para Mujahideen. Mereka hidup memakan roti kering dan teh sahaja.

Wahai kamu, anak-anak Islam! Biasakan dirimu dengan kebisingan bom-bom, peluru mortar dan pekikan jet-jet pejuang dan kereta-kereta kebal. Jauhilah kemewahan.

Wahai Isteriku! Aku ada terlalu banyak perkara untuk dikatakan padamu. Moga Allah beri ganjaran padamu bagi pihakku dan bagi pihak umat Islam. Kau sungguh bersabar bersamaku dan kau berdiri bersamaku melalui segala kesusahan dan pancaroba, dengan kesabaran dan ketabahan. Darimu aku mendapat sokongan yang aku perlukan untuk meneruskan Jihad ini. Aku berikan kau tanggungjawab ke atas rumah pada 1969, ketika kita mempunyai 3 orang anak-anak kecil hidup di sebuah bilik, tanpa dapur, tanpa peralatan. Apabila keluarga semakin besar, anak-anak membesar dan tetamu-tetamu kita bertambah, kau bersabar dengan ini....dan banyak lagi kerana Allah, juga ketaatan padaku sebagai suami. Aku berdoa moga Allah meemberi ganjaran padamu bagi pihakku. Jika tidak dengan kesabaranmu, aku tidak akan mampu menanggung beban ini seorang diri. Kau adalah isteri yang redho dan tidak mementingkan kebendaan dan kau tidak pernah merungut kerana kekurangan kebendaan ini. Kau juga tidak pernah boros ketika kita mempunyai sedikit kesenangan.

Kehidupan Jihad adalah kehidupan yang paling menyeronokkan, bersabar dalam kesusahan adalah lebih baik daripada hidup mewah. Bersabar dan redho dengan apa yang ada, Allah akan mencintaimu. Jangan kau inginkan apa yang dipunyai oleh orang lain, orang akan mencintaimu. Qur'an penghibur kehidupan, tahajjud, puasa sunat, memohon keampunan; semua ini menjadikan hati jernih dan ibadah manis. Cukup dengan keperluan asas, benda-benda halal, menjauhkan dirri dari kelihatan 'hebat' dan berlebih-lebihan membawa keamanan dan ketenangan pada hati. Aku berdoa pada Allah semoga kita disatukan kembali di Syurga seperti Dia menyatukan kita di dunia.

Wahai anak-anakku! Kau tidak banyak bergembira denganku dan aku juga tidak mempunyai peluang yang cukup untuk memberikan tunjuk-ajar dan nasihat. Aku terlalu sibuk untuk menemanimu. Ketika aku melihat bala dan bencana menimpa Ummah ini, aku tidak sanggup tinggal bersamamu seperti ayam hidup dengan anak-anaknya. Aku tidak dapat hidup dengan aman sedangkan kesan bencana itu membakar hati-hati umat Islam. Aku tidak dapat tinggal bersamamu sedangkan masalah Ummah ini mengoyak hati-hati dan pemikiran mereka yang berhati dan berrfikiran. Kelakian tidak membenarkan aku tinggal bersamamu dalam kesenangan kehidupan. Aku bencikan berlebih-lebihan dan kemewahan sepanjang hidupku samada dalam soal pemakanan, pakaian dan tempat tinggal. Aku telah cuba mengangkatmu setinggi yang aku mampu dari gaya kehidupan yang rendah itu dan menjadikanmu sabar dengan kehidupanmu yang ringkas.

Berimanlah dengan apa yang diimani oleh generasi pertama umat Islam, amalkan Kebijaksanaan, baca al-Qur'an dan hafallah ia. Berhati-hati dengan apa yang kau katakan. Bersembahyanglah pada malam hari, amalkan berpuasa sunat, carilah teman pergaulan yang baik dan sertailah pergerakan Islam tetapi, ketahuilah bahawa pemimpinnya tiada kuasa ke atas kamu dalam menghalang kamu daripada Jihad, atau menggoda kamu meninggalkan Jihad demi menyebarkan Dakwah, lantas menjauhkan kamu dari medan perang di mana jiwa-jiwa terbina. Jangan sekali-kali minta kebenaran sesiapa untuk berjihad.

Wahai anak-anakku! Aku perintahkan kamu patuh dan hormat pada ibumu dan kakak-kakakmu (Imm al-Hassan dan Umm Yahya). Aku galakkan kamu mencari ilmu agama yang sahih. Aku minta kamu patuh dan hormat pada abangmu Muhammad dan cintai dia. Berbuat baiklah pada Datuk dan Nenekmu dan hormati mereka. Berbuat baiklah pada ibu-ibu saudaramu (Umm Faez dan Umm Muhammad) kerana mereka telah banyak menolongku. Rapatkanlah dirimu dengan kaum keluargamu dan kepada sesiapa saja yang kau kenali.

Wahai kamu, Pergerakan-pergerakan Jihad! Jagalah Sayaff, Hikmatyer, Rabbani dan Khalis. Kami harap mereka akan meneruskan Jihad Pada Jalan Allah ini dan memeliharanya dari melencong dari matlamat asalnya. Jangan lupakan Komander-komander di dalam Afghanistan terutamanya Jalalludin, Ahmed Shah Masud, Eng. Bashir, Saifullah, Mualavy Arsllan, Farid dan Muhammad Alam, Shir Alam (Paghman) dan Said Muhammad Hanif (Logar).Alhamdulillah, Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku pohon keampunan-Nya.

Tidak ada komentar

Diberdayakan oleh Blogger.